Add

22 June 2015

‘Udang Tumis Kari Bonda’


Bahan:
½ kg Udang (dibersihkan)
1 biji Bawang besar (dihiris)
1 ulas Bawang putih (hiris)
Halia sedikit
2 sudu Serbuk kari
Air sedikit
Garam
Gula
Perisa
Daun Kari

Cara:
1. Gaul udang dengan garam dan goreng udang sehingga masak
2. Setelah masak ketepikan
3. Tumis bawang puith sehingga naik bau. Kemudian masukan 
    bawang besar dan masak sehingga layu
4. Masukan Udang yang telah dimasak tadi.
5. Masukan Serbuk kari dan daun kari dan sedikit sahaja air 
    dan gaul bersama udang sehingga kering.
6. Masukan garam, gula, perisa secukupnya
7. Siap dihidangkan

Semoga hidangan ini menjadi inspirasi anda  :) :)

18 June 2015

‘Buah Melaka Bonda’


Bahan:
1 ½ cwn tepung pulut
Gula Melaka (dipotong kecil)
Air Garam
Kelapa parut (ambil puith shj)
Pewarna hijau/Jus pandan
1 periuk Air
Garam secukupnya

Cara:
1. Uli tepung , air garam sehingga menjadi doh
2. Masukan pewarna hijau/ jus pandan dan uli semula sehingga warna menjadi rata
3. Bentukan bulat2 kemudian masukan Gula Melaka yang dipotong kecil
    ditengah2 dan bentukkan bulat semula
4. Didihkan Air seperiuk
5. Rebus buah melaka tadi sehingga masak (buah akan timbul)
6. Setelah masak golekkan buah ke atas parutan kelapa di campurkan 
    sedikit garam secukupnya
7. Siap dihidangkan

15 June 2015

‘Broccoli Cendawan Sos Tiram’


Bahan:
300grm Broccoli (potong kecil)
100grm Kobis bunga (dipotong kecil)
4 btg Cendawan kering (bersihkan dan hiris)
½ biji Bawang besar (dihiris)
1 ulas Bawang puith (hiris)
½ sudu Kicap pekat
1 sudu Kicap manis
Sos tiram secukup rasa
Sedikit air

Cara:
1. Tumis bawang puith sehingga naik bau
2. Masukan bawang besar, sayuran dan tumis sehingga layu
3. Masukan kicap manis, kicap pekat, sos tiram, sedikit air
4. Apabila sayur empuk kemudian masukan cendawan dan gaul seketika.
5. Siap dihindangkan.

Semoga ia menjadi Inspirasi untuk juadah bersama keluarga...smile emoticon smile emoticon

ShareThis