Add

22 June 2015

‘Udang Tumis Kari Bonda’


Bahan:
½ kg Udang (dibersihkan)
1 biji Bawang besar (dihiris)
1 ulas Bawang putih (hiris)
Halia sedikit
2 sudu Serbuk kari
Air sedikit
Garam
Gula
Perisa
Daun Kari

Cara:
1. Gaul udang dengan garam dan goreng udang sehingga masak
2. Setelah masak ketepikan
3. Tumis bawang puith sehingga naik bau. Kemudian masukan 
    bawang besar dan masak sehingga layu
4. Masukan Udang yang telah dimasak tadi.
5. Masukan Serbuk kari dan daun kari dan sedikit sahaja air 
    dan gaul bersama udang sehingga kering.
6. Masukan garam, gula, perisa secukupnya
7. Siap dihidangkan

Semoga hidangan ini menjadi inspirasi anda  :) :)

18 June 2015

‘Buah Melaka Bonda’


Bahan:
1 ½ cwn tepung pulut
Gula Melaka (dipotong kecil)
Air Garam
Kelapa parut (ambil puith shj)
Pewarna hijau/Jus pandan
1 periuk Air
Garam secukupnya

Cara:
1. Uli tepung , air garam sehingga menjadi doh
2. Masukan pewarna hijau/ jus pandan dan uli semula sehingga warna menjadi rata
3. Bentukan bulat2 kemudian masukan Gula Melaka yang dipotong kecil
    ditengah2 dan bentukkan bulat semula
4. Didihkan Air seperiuk
5. Rebus buah melaka tadi sehingga masak (buah akan timbul)
6. Setelah masak golekkan buah ke atas parutan kelapa di campurkan 
    sedikit garam secukupnya
7. Siap dihidangkan

15 June 2015

‘Broccoli Cendawan Sos Tiram’


Bahan:
300grm Broccoli (potong kecil)
100grm Kobis bunga (dipotong kecil)
4 btg Cendawan kering (bersihkan dan hiris)
½ biji Bawang besar (dihiris)
1 ulas Bawang puith (hiris)
½ sudu Kicap pekat
1 sudu Kicap manis
Sos tiram secukup rasa
Sedikit air

Cara:
1. Tumis bawang puith sehingga naik bau
2. Masukan bawang besar, sayuran dan tumis sehingga layu
3. Masukan kicap manis, kicap pekat, sos tiram, sedikit air
4. Apabila sayur empuk kemudian masukan cendawan dan gaul seketika.
5. Siap dihindangkan.

Semoga ia menjadi Inspirasi untuk juadah bersama keluarga...smile emoticon smile emoticon
'Pucuk Paku Belacan Bonda'


Bahan:
2 ikat Pucuk paku (potong & dibersihkan)
Sedikit Bawang besar
3 inci Belacan
2 btg Cili Merah
3 btg Cili padi
Garam
Gula
Perisa
Air


Cara:
1. Tumbuk lumat cili merah, cili padi, belacan, sedikit bawang besar, garam
2. Tumis bahan yang di tumbuk sehingg garing.
3. Masukan air sedikit dijadikan kuah, masukan gula, perisa biarkan sehingga mendidih
4. Masukan sayur dan masak sehingga sayur masak
5. Siap dihidangkan


Semoga ia menjadi Inspirasi untuk juadah bersama keluarga...smile emoticon smile emoticon


11 June 2015

'Lala Berlada Bonda'

Bahan :
1 kg Lala
6 biji Cili merah*
3 biji Cili padi*
½ biji Bawang besar*
1 ulas Bawang putih*
½ inci Belacan*
Serai (dititik)
Gula Pasir secukupnya
Garam secukupnya
Perisa secukupnya
Air

Cara:
1. Kisar bahan (*)
2. Kemudian tumis bahan kisar bersama serai sehingga garing.
3. Masukan air (agak2) dan renihkan sehingga mendidih.
4. Masukan garam, gula, perisa secukupnya
5. Akhir sekali masukan sebahagian lala yang telah dibersihkan
6. Gaul perlahan-lahan sehingga lala masak.
7. Setelah masak keluarkan. Kemudian teruskan memasak
    lala yang selebihnya.
8. Siap dihidangkan.
Semoga ia menjadi Inspirasi untuk juadah bersama keluarga...
smile emoticon smile emoticon
'Bubur Caca Bonda'

Bahan :
1 cwn Tepung pulut
2 biji santan (sederhana pekat)
Sedikit biji sagu (pekatkan kuah)
Gula Melaka secukupnya
Gula Merah secukupnya (jika banyakboleh pengaruhi warna bubur)
Gula Pasir secukupnya
Secubit garam
Daun pandan (disiat2 dan disimpulkan)
Sedikit pewarna merah/hijau/kuning
Air

Cara:
1. Uli tepung pulut bersama air + secubit garam sehingga menjadi doh.
2. Kemudian asingkan 3 bahagian untuk 3 warna.
    Bentukkan bulat2 @ bujur2 sehingga habis.
3. Didihkan 1 periuk air dan rebus butiran caca tadi sehingga caca timbul.
    Itu menandakan butiran masak
4. Di periuk lain masukan santan, gula Melaka, gulamerah, gula pasir,
    secubit garam, daun pandan kemudian renih dgn api perlahan.
5. Apabila sudah renih sedikit masukan butiran caca dan biji sagu.
    Dan renihkan kembali.
6. Siap dihidangkan.
Semoga ia menjadi Inspirasi untuk juadah bersama keluarga...
smile emoticon smile emoticon
'Chicken Salad ala M'sia'

Bahan:
Daging ayam (dipotong nipis)
Sayuran carrot/kobis Purle/salad/bawang besar (dihiris halus)*
1 ulas bawang putih (ditumbuk halus)*
Lada hitam (ditumbuk halus)*
Sos thousand Island
Garam*
Gula*
1sudu Minyak masak*

Cara:
1. Perisakan daging ayam dan garam.
2. Goreng daging ayam sehingga jus ayam keluar.
3. Tos & ketepikan
4. Kemudian masukan ke semua bahan-bahan (*)
    serta ayam yang telah dimasak tadi ke dalam mangkuk
   dan gaulkan sehingga rata.
5. Hidangkan di atas pinggan
6. Letak sos thounsand island dipermukaan salad.
Semoga ia menjadi Inspirasi untuk juadah bersama keluarga...
smile emoticon smile emoticon

'Asam Pedas Melaka Bonda'



Bahan:
1 ekor Ikan Siakap (dipotong)
1 biji Bawang besar (size besar)**
2 ulas Bawang putih*
1 inci Belacan**
½ inci Halia & Lengkuas***
3 senduk Cili kering (kisar)
1 inci Kunyit hidup**
2 sudu serbuk kari
½ sudu Biji ketumbar (ditumbuk halus)
½ sudu Jintan (ditumbuk halus)
½ sudu Lada hitam (ditumbuk halus)
6 biji Bendi
Air asam (secukupnya)
Air kosong

Daun limau purut/kesum
Garam/Gula/Perisa

Cara:
1. Kisar/tumbuk halus bahan (*), (**), (***) secara berasingan.
2. Panaskan minyak tumis bawang putih sehingga naik bau
3. Masukan bahan kisar (**) tumis sehingga garing sedikit
4. Masukan bahan kisar (***) tumis sehingga garing
5. Masukan cili kisar, serbuk kari, lada hitam, biji ketumbar, jintan dan tumis seperti
    membuat sambal tumis
6. Masuk air asam sedikit dan air kosong (paras air kuah menutup ikan)
7. Masukan bendi dan renih sebentar sehingga bendi separa masak
8. Akhir masukan ikan, garam, gula, perisa dan daun limau purut/kesum renih
   sehingga ikan masak.
9. Siap dihidang.

Semoga juadah ini menjadi inspirasi anda...
smile emoticon smile emoticon

ShareThis